SEJARAH UNIT AMAL
JABATAN AMAL MALAYSIA
Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan
Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat
Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh
satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai
pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.
Tuan Hj Hussin Ismail
telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini
kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS
Pusat, Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan
dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah
Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal
Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua
Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur
pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic
dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai
dengan misi dan visi baru DPPP.
Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian
rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan
citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian
rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Tuan Guru
Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment